
Swimiss Academy
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang hadir. Terima kasih kerana memberi kepercayaan keapda Teacher Hadi untuk menyelesaikan masalah anda dalam renangan.
Selamat Datang Semua
Untuk menyertai program ini mudah sahaja. Kami akan berikan secara percuma kepada mereka yang bertuah dan syaratnya adalah seperti ini :
1 ) Beritahu kami masalah anda secara spesifik (contoh : saya tak boleh bernafas dengan baik dalam air. Air selalu masuk hidung) . JANGAN tulis masalah terlalu general seperti (contoh : Saya tak pandai berenang. Ajarkan boleh?). Kalau nak belajar berenang dari zero kami ada program lain yang mungkin sesuai dengan anda :-)
2 ) Anda yang terpilih diminta untuk datang ke tempat kami di Meru (Klang)
3 ) Program ini akan dilakukan dalam sehari sahaja. Mungkin hanya 1 jam sahaja
4 ) Program ini akan di rekod dan akan dimasukkan dalam youtube dan juga tiktok sebagai rujukan pembelajaran orang ramai
5 ) Program ini akan di sponsor oleh Teacher Hadi. Bermakna ia adalah percuma kepada anda. Cuma anda perlu travel ke tempat saya untuk hadir. Duit makan dan duit perbelanjaan hadir ketempat saya kena bayar sendiri :-)
Sekiranya anda setuju dengan sayarat di atas sila isikan maklumat anda di bawah borang ini. Harap bersabar dan tunggu giliran masing-masing untuk kami interview dan juga analisis setiap permohonan. Yang berjaya akan dihubungi segera. Insyaallah
Mereka yang sudah berjaya menyelesaikan masalah mereka bersama program ini akan saya senaraikan di sini nanti. So apa tunggu lagi,
Jom Sertai Kami Sekarang